Wanita maut, dua terselamat dalam kebakaran rumah

Wanita maut, dua terselamat dalam kebakaran rumah

SEORANG wanita ditemukan meninggal dunia dalam bilik air sebuah kediaman yang terbakar di Sunway Damansara, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut manakala dua lagi terselamat dalam kebakaran di sebuah unit kediaman di Palm Spring, Sunway Damansara dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.39 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dibantu BBP

Petaling Jaya serta Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan kotak suis dalam kediaman yang terletak di tingkat 15, apartment terbabit.

“Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dan terdapat tiga mangsa terlibat.

“Kita berjaya menyelamatkan dua individu iaitu lelaki berusia 29 tahun wanita berusia 24 tahun dalam kejadian terbabit.

“Seorang lagi mangsa wanita berusia 31 tahun ditemukan meninggal dunia dalam bilik air kediaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya