Wanita dikhuatiri lemas akibat kepala air 

Wanita dikhuatiri lemas akibat kepala air 

LOKASI seorang wanita dihanyutkan arus deras di Taman Eko Rimba Sungai Sedim di Kulim. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di kawasan perkelahan Taman Eko Rimba Sungai Sedim di sini, petang ini.

Mangsa, A. Kashturi, 41, sebelum itu berkelah di kawasan sungai itu bersama keluarga sempena cuti Deepavali.

Difahamkan kejadian kepala air berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.02 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi didapati seorang mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, operasi ketika ini adalah melakukan pencarian permukaan air di sekitar sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya