Wanita cuba serang guna buluh di stesen minyak, didakwa esok

Wanita cuba serang guna buluh di stesen minyak, didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Wanita yang membuat ugutan jenayah serta cubaan menyerang menggunakan buluh dalam video tular di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama di sini, akan didakwa esok. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, wanita berusia 42 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

Katanya, pihaknya sudah merujuk kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan pertuduhan terhadap suspek.

“Suspek akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan wanita yang melakukan ugutan jenayah dan cubaan bertindak menyerang dengan menggunakan buluh di sebuah stesen minyak ditahan polis.

Wanita berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Polis Saujana Utama pada pada 3.40 pagi.

Tindakan wanita tersebut turut tular selepas dirakam orang awam di lokasi kejadian. 

Wanita itu dikatakan bertindak sedemikian akibat marah apabila diminta mengalihkan kenderaannya yang menghalang kereta lain untuk keluar dari tempat parkir di stesen minyak tersebut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya