Wakil Rakyat sokong pindaan RUU kewarganegaraan turut bersikap regresif

Wakil Rakyat sokong pindaan RUU kewarganegaraan turut bersikap regresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen kerajaan yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan didakwa bersikap regresif (mengundur) jika pindaan tersebut diluluskan di Dewan Rakyat. 

Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abdul Aziz berkata, banyak organisasi telah  mendesak  Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melihat semula pindaan RUU ini.

Beliau berkata,  desakan ini dibuat bukan hanya untuk melindungi ibu malah ia juga melindungi keadilan sosial sekiranya pindahan regresif ini diluluskan.

“Kerajaan pada hari ini ingin memperjuangkan dasar-dasar progresif tetapi sekiranya pindaan ini diluluskan  ia bermakna semua ahli Parlimen kerajaan yang meluluskan pindaan ini bersifat regesif dan tidak membawa isu ini dengan sangat adil.

“Kerajaan tidak boleh menggunakan ibu-ibu yang memperjuangkan kewarganegaraan, anak-anak mereka yang lahir di luar negara dengan bapa yang warganegara luar negara sebagai tebusan.

“MUDA ingin mendesak kerajaan terutama Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri untuk melihat kembali kepada RUU ini dengan menjalankan kajian dan bukan hanya sekadar datang dengan alasan berdasarkan fakta yang tidak kukuh yang menyatakan bahawa pindaan RUU ini untuk mengelakkan kawin kontrak dan sebagainya. 

“Alasan ini tidak munasabah kerana tidak ada data yang menunjukkan mereka ini kawin secara kontrak untuk mendapatkan kewarganegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Media, Parlimen, hari ini.  

Dalam pada itu, Perwakilan Muda Sabah, Wong Kueng Hui berkata, salah satu pindaan yang sangat membimbangkan rakyat Sabah adalah fasa pemastautin.

Menurutnya, di sana ramai penduduk tetap orang asal etnik Kadazan Dusun Murut Rungus masih memegang kad pengenalan merah dan negara asalnya adalah Malaysia.

“Jika pindaan ini diluluskan anak komuniti ini tidak boleh mewarisi kewarganegaraan. Pandangan saya pindaan ini tidak masuk akal kerana ia menjadikan pemastautin di tanah sendiri yang sepatutnya menjadi warganegara Malaysia.

“Jika pindaan ini diluluskan ia akan menjadi batu penghalang besar terhadap kerajaan negeri Sabah menyelesaikan isu kewarganegaraan.

“Saya mendesak kepada semua ahli Parlimen terutama Sabah untuk tolak pindaan ini serta jangan jadi kerbau dicucuk hidung. Kami tidak mahu KDN menentukan siapa yang boleh jadi rakyat Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya