Utusan Malaysia juara pencarian harta karun Sekatarakyat - Utusan Malaysia

Utusan Malaysia juara pencarian harta karun Sekatarakyat

KETIGA -tiga pasukan yang terdiri daripada Utusan Malaysia, Utusan TV dan Hunt Two Bernama bergambar dalam acara penyampaian hadiah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Utusan Malaysia-Media Mulia muncul juara kategori Media dan naib juara kategori Terbuka dalam acara Mencari Harta Karun Jubli Emas Sekatarakyat 2024 baru-baru ini.

Manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi pasukan Kereta Burok-UtusanTV serta pasukan Hunt Two Bernama.

Dengan kemenangan tersebut, Utusan Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Bagi kategori Terbuka pula, pasukan Geng 30 daripada Bank Rakyat menjadi juara manakala kumpulan Malas Nak PK juga daripada Bank Rakyat mendapat tempat ketiga.

Kedua-dua kumpulan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,500.

Acara yang bertemakan ‘Emas’ ini dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) sempena sambutan Jubli Emas pada 23 September lalu.

Sebanyak 101 pasukan melibatkan 404 peserta yang terdiri daripada koperasi-koperasi seluruh negara dan rakan niaga mengambil bahagian dalam acara yang bermula di Menara Berkembar Bank Rakyat merentasi Raub dan berakhir di Sekata Makmur, Ringlet, Cameron Highlands.

Dalam pada itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak ketika berucap pada majlis pelepasan peserta berkata, acara ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara koperasi di seluruh negara.

Katanya, ini sejajar dengan Prinsip Koperasi Ke-6 iaitu kerjasama antara koperasi selain membina imej Sekatarakyat sebagai perintis kepada aktiviti tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pihak.

Sementara itu Pengerusi Sekatarakyat, Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata, acara ini memberi peluang kepada Sekatarakyat untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan mengumpul ‘harta karun’ yang berupa barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim selari dengan Prinsip Koperasi Ke-7 iaitu mengambil berat terhadap masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya