Utamakan pembangunan kluster industri - PM

Utamakan pembangunan kluster industri – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di Wilayah Tengah meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka akan diberi keutamaan sebagai langkah strategik di bawah Kerajaan MADANI. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan utama di rantau ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 7 Tahun 2024, hari ini.

“Secara hatta, saya tekankan kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan promosi Wilayah Tengah dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu.

“Ini penting dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke kawasan-kawasan tumpuan di setiap negeri, mempercepatkan pelaksanaan projek sekali gus menambahbaik ‘ease of doing business’ dengan pengurangan karenah birokrasi,” katanya dalam kenyataan menerusi platform X milik beliau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, MPN juga bersetuju agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meneruskan pelaksanaan inisiatif ujikaji peraturan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian peraturan di semua peringkat kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

“Prakarsa ini perlu diteruskan dan diperluaskan berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan terutama dalam penjimatan masa dan kos.

“Ini juga akan meningkatkan pelaburan seterusnya meningkatkan hasil PBT terutama dalam urusan permit pembinaan serta pengurusan tanah melalui pendekatan Industrial Green Lane seperti yang dilaksanakan di Kulai, Johor dan Kulim, Kedah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya