UMT dipilih laksana program WIFldx di Malaysia - Utusan Malaysia

UMT dipilih laksana program WIFldx di Malaysia

SULTANAH Nur Zahirah (kiri) melancarkan program WIFIdx pada Majlis Santapan Petang sempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu,hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah baharu apabila dipilih sebagai pelaksana program The Women ICT Frontier Initiative (WIFIdx) di Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, WIFIdx bertujuan untuk memupuk program keusahawanan wanita di Asia dan Pasifik melalui pembangunan kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurutnya, WIFIdx telah dilaksanakan di 12 negara merentasi rantau Asia Pasifik Termasuklah Armenia, Bangladesh, Cambodia, India, Kyrgyzstan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka dan Thailand.

“Alhamdulillah UMT amat berbesar hati dan bertuah apabila Sekretariat WIFIdx UN telah memberi mandat kepada UMT sebagai pelaksana WIFIdx di Malaysia untuk tempoh dua tahun bermula 2024 hingga 2026.

“Selain itu, UMT turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program WIFIdx di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis pelancaran WIFIdx pada Majlis Santapan Petang sempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22 di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

Tuanku Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah mencemar duli berangkat menyempurnakan 
majlis pelancaran WIFIdx itu.

WIFIdx adalah program inisiatif pengukuhan ICT wanita yang dilancarkan pada tahun 2016 di bawah Asian and Pacific Training Centre for Information and Communication Technology for Development (APCICT), berpangkalan di Incheon, Korea.

Selain itu, Mohd. Zamri memberitahu, seramai 2,775 graduan bakal diraikan dengan penuh istiadat dan gilang gemilang dalam Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22 yang akan berlangsung selama enam sesi bermula esok hingga 22 Oktober ini.

Menurutnya, graduan yang diraikan terdiri daripada 242 graduan pasca siswazah (89 graduan ijazah doktor falsafah dan 153 graduan sarjana).

“Selain itu, seramai 2,533 graduan pra siswazah pula terdiri daripada 2,432 graduan sarjana muda dan selebihnya 101 graduan Diploma,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya