UMT anjur karnival kerjaya, tawar 2000 peluang pekerjaan

UMT anjur karnival kerjaya, tawar 2000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) serta Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) baru-baru ini menganjurkan MyNext Internship Market Week X Career Entrepreneurship and Skills Festival (MyNEXT sempena Industry Career Expo 2024 (ICE 2024).

Program berkonsepkan hari terbuka itu berlangsung selama tiga hari, bermula 9 Oktober lalu di Dewan Sultan Mizan, UMT.

Karnival kerjaya itu menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada pelajar, alumni serta komuniti setempat.

Sebanyak 44 majikan daripada pelbagai sektor turut serta untuk menawarkan kekosongan jawatan dan berkongsi maklumat terkini tentang industri kepada para peserta.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim menyatakan bahawa penganjuran karnival itu sebahagian komitmen UMT dalam melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing seiring dengan visi universiti untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik.

“Inisiatif seperti ini membuktikan kesungguhan UMT dalam memastikan graduan kami memiliki kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk bersaing di pasaran kerja global,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN