UM universiti pertama guna teknologi WiFi 7

UM universiti pertama guna teknologi WiFi 7

HUGO Carl (kiri) dan Dr. Nor Badrul Anuar dalam majlis MOA baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) dan TP-Link Malaysia menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan sistem WiFi terkini yang dikuasakan  kecerdasan buatan (AI).

Langkah inovatif ini menjadikan UM  sebagai universiti awam pertama di negara ini  yang menggunakan teknologi WiFi 7 terkini dengan menawarkan kelajuan pantas, keselamatan yang dipertingkatkan dan sambungan tanpa gangguan.

Ketua Pegawai Maklumat UM, Prof Ts Dr Nor Badrul Anuar Jumaat berkata, kerjasama tiga tahun ini akan menyaksikan TP-Link menyediakan peralatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM300,000.

“Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen universiti untuk melangkah ke arah memperkukuhkan infrastruktur digital di masa hadapan.

“Pelancaran projek ini mencerminkan dedikasi UM untuk menerima pakai teknologi canggih yang memacu kecemerlangan akademik dan menempatkan universiti di barisan hadapan inovasi,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Badrul berkata, rangkaian WiFi 7 berkuasa AI ini bukan sahaja akan meningkatkan akses internet, tetapi membolehkan pemantauan keselamatan yang lebih baik, pengurusan rangkaian yang lebih cekap dan analitik data melalui teknologi AI.

“Kami juga sedang dalam usaha memperbaiki infrastruktur WiFi di kampus, terutamanya di kolej kediaman di mana inisiatif ini disokong dengan peruntukan kewangan daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), serta Rancangan Pelaksanaan (RP) Keempat dan Kelima, yang bertujuan memperbaiki sambungan WiFi di sini.

“Komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan infrastruktur WiFi ini sangat jelas dan berterusan, dengan kerjasama daripada pembekal perkhidmatan dan industri seperti TP-Link, kerjasama ini akan membuka peluang kepada universiti untuk mempertimbangkan produk lain yang boleh membantu memperkukuhkan infrastruktur WiFi di kampus,” katanya.

Beliau berkata, dengan kerjasama ini, UM berharap TP-Link dapat menawarkan lebih banyak bukti konsep (POC) bagi memberikan peningkatan yang signifikan untuk kemudahan pelajar.-UTUSAN  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya