UKM sokong kebebasan suara warganya

UKM sokong kebebasan suara warganya

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghalang seluruh warganya untuk bersuara dalam memberi kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis termasuk di media sosial.

Menerusi kenyataan yang yang dikeluarkan Pusat Komunikasi Korporat UKM Bangi, universiti berkenaan meraikan sebarang perbezaan pendapat yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara bangsa.

Katanya, etika dan kematangan mengemukakan pandangan dan hujah harus diamalkan melalui tatacara berkomunikasi yang baik, menegur dan mengkritik secara berhemah di mana setiap pandangan perlu disokong dengan fakta serta lingkungan disiplin keilmuan dan kepakaran.

“Sebagai institusi yang menyanjung tinggi intelektual awam, UKM sentiasa konsisten dalam menggalakkan warganya untuk bersuara berteraskan kepada tradisi ilmu dan peranannya sebagai Universiti Watan.

“Kenyataan awam yang berbentuk konstruktif amat digalakkan sebagai wadah ilmu dan disiplin keilmuan yang menjadi pemangkin perbincangan ilmiah dalam kalangan warga UKM,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan surat pekeliling UKM telah tular kepada seluruh warga akademik dan kakitangan berhubung arahan supaya pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam termasuk di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya