Ujian sebenar kerjasama PH-BN ialah pembebasan Najib dari penjara 

Ujian sebenar kerjasama PH-BN ialah pembebasan Najib dari penjara 

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi UMNO menegaskan ujian sebenar kerjasama antara Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini meringkuk di penjara. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bersetuju dengan wakil rakyat DAP bahawa gabungan politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menang besar jika tiada formula mengarut pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. 

Bagaimanapun, katanya, pembebasan Najib dari penjara adalah keutamaan UMNO ketika ini dan pendirian PH bakal teruji menerusi jalinan kerjasama dalam pilihan raya seterusnya. 

“Tiada formula karut dan jadi bahan jenaka. Bagi UMNO, isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tetap isu utama,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, cabaran kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sama ada mereka mampu kekal bersama atau hanya bertahan selama sepenggal.

Katanya, antara cabaran itu melibatkan pembahagian kerusi, persefahaman jentera dan manifesto pilihan raya. 

“Kuncinya ialah kepercayaan. Jika momentum Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kekal dan terus diperbaiki tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar.

“Apatah lagi jika tempoh hingga Disember 2027 tidak dipersia siakan. Maka, menteri dan kerajaan mesti buktikan kepada rakyat mereka berprestasi tinggi,” katanya.  

Pada 29 September lalu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, PRU16 adalah dengan kerjasama rapat di antara gabungan politik PH dan BN.

Katanya, formula itu selepas menilai kemenangan besar calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan R, baru-baru ini. 

Syed Hussein menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi.

Bagaimanapun, polemik tercetus apabila Ahli MKT UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menuntut PH memohon maaf kepada UMNO sehingga mengundang pertikaian dalam kalangan pemimpin PH.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan desakan supaya PH meminta maaf kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu sebagai desakan peribadi oleh segelintir ahli UMNO.

Beliau berkata, PH dan parti komponen lain dalam kerajaan perpaduan tidak perlu melayan desakan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya