UiTM terima lebih 55 ribu pelajar baharu Oktober ini

UiTM terima lebih 55,000 pelajar sesi akademik Oktober

UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatatkan pencapaian besar apabila menyambut seramai 55,455 pelajar baharu bagi sesi akademik Oktober ini.

Pendaftaran pelajar baharu yang melibatkan kampus di seluruh negara merangkumi pelbagai peringkat pengajian, dengan sebanyak 4,200 pelajar mendaftar bagi program pradiploma, 26,991 pelajar bagi program diploma, dan 24,264 pelajar untuk ijazah sarjana muda.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib menyarankan agar para pelajar menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk meraih kejayaan akademik dan memberi sumbangan kepada negara.

“Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di universiti yang penuh prestij ini.

“UiTM bangga menyambut anda dan berharap anda akan mengharungi cabaran akademik dengan penuh semangat dan dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi pelajar baharu, mereka perlu mengikuti program orientasi yang dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS) yang berlangsung dari 30 September hingga 4 Oktober ini.

Ia bertujuan memperkenalkan mereka kepada kehidupan kampus dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana universiti.

Keseluruhan proses pendaftaran berjalan dengan lancar berikutan kerjasama dari Polis Bantuan UiTM, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa, serta staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan petugas kesihatan UiTM Shah Alam.

UiTM semakin mendekati aspirasinya untuk menjadi universiti bertaraf dunia menjelang 2025, berkat sokongan penuh daripada seluruh komuniti universiti dan rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya