UiTM IPTA pertama lancar e-Profiling HEP

UiTM IPTA pertama lancar e-Profiling HEP

e-Profiling UiTM
ZAMBRY Abd. Kadir bermesra dengan mahasiswa UiTM pada program In Person With Dr. Zam dekat Dewan Agung Tuanku Canselor, di UiTM Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi universiti awam pertama melancarkan aplikasi profil elektronik (e-Profiling) mahasiswa bagi merekodkan aktiviti luar akademik mereka sepanjang tempoh pengajian.

Aplikasi dibina Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu yang dinamakan e-Profiling HEP merupakan transkrip digital inovatif dimulakan bagi sesi pengajian Oktober ini kepada semua 42,000 mahasiswa baharu di seluruh 34 kampus UiTM.

Universiti itu dalam kenyataannya berkata, pelantar baharu itu sejajar dengan usaha UiTM untuk melahirkan graduan bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi memiliki kemahiran kepemimpinan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing graduan UiTM di pasaran kerja dengan memperakui dan mengiktiraf kemahiran insaniah yang mereka peroleh melalui penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum.

“Ia dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selepas selepas program bual bicaranya, ‘In Person With Dr. Zam’ bersama mahasiswa baharu UiTM pada Selasa lalu,” kataya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi memberitahu, UiTM komited dalam memastikan setiap mahasiswa yang melangkah masuk ke kampusnya menerima sokongan yang sewajarnya.

“Harapan UiTM adalah agar mereka dapat mencapai kecemerlangan bukan hanya dalam pelajaran, tetapi juga dalam aspek kepimpinan dan kemahiran insaniah.

“Mahasiswa UiTM akan memperolehi transkrip ‘extra kokurikulum’ yang menjadi nilai tambah kepada pembangunan bakat diri selain transkrip akademik. Transkrip e-Profiling ini akan sepenuhnya dilaksanakan mulai Oktober 2024 di seluruh sistem UiTM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya