UiTM Dungun sedia jadi pemudah cara - Utusan Malaysia

UiTM Dungun sedia jadi pemudah cara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun di sini, bersedia menjadi pemudah cara untuk mengatur pertemuan suami wanita yang merempuh penuntut universiti itu dengan keluarga mangsa terlibat.

Unit Komunikasi Korporat universiti itu berkata, bagaimanapun buat masa ini, keluarga ketiga-tiga mangsa perlu diberi ruang untuk bertenang selepas kehilangan anak mereka.

“Pihak UiTM menghargai hasrat suami suspek yang mahu bertemu dengan keluarga mangsa.

“Pihak kami akan cuba membantu berhubung dengan keluarga mangsa agar pertemuan tersebut dapat diadakan pada masa yang sesuai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan suami kepada wanita yang merempuh dua buah motosikal yang dinaiki empat penuntut UiTM itu tampil memohon maaf bagi pihak isterinya

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam pada Rabu, tiga penuntut UiTM itu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas dua buah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun.

Tiga penuntut lelaki yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairul Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pula mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Dungun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya