Tunggang motosikal 200 kilometer jual limau bali

Tunggang motosikal 200 kilometer jual limau bali

MOHD. Sanusi Ibrahim menunjukkan buah bali yang dijual dengan menunggang motosikal di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang peniaga me­nunggang motosikal sejauh lebih 200 kilometer (km) sehari untuk menghantar limau bali yang ditempah pelanggan sejak menjalankan perniagaan tersebut secara bayaran semasa penghantaran (COD).

Mohd. Sanusi Ibrahim, 39, berkata, dia mula berniaga buah limau bali setelah berhenti kerja sebagai pegawai pemasaran jualan di ibu negara pada 2019.

Katanya, setiap hari, dia me­nunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dari rumahnya di Kuala Nerus di sini ke seluruh negeri ini dan Kelantan.

“Lazimnya limau bali dijual di gerai-gerai buah, namun saya berniaga secara COD dan sambutan diterima daripada pelanggan sangat menggalakkan.

“Saya menerima banyak tempahan limau bali dari Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut serta di negeri jiran, Kelantan,” katanya ketika ditemui di Bandar Permaisuri di sini, semalam.

Mohd. Sanusi berkata, dia memilih menunggang motosikal dengan mengikat bakul buah di bahagian belakang bagi memastikan perjalanan menghantar jualannya lancar serta mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, setiap hari, dia membawa kira-kira 40 biji limau bali yang ditempah pelanggan dan hanya mengenakan caj penghantaran serendah 50 sen hingga RM10 mengikut jarak.

“Saya mengambil tempahan dua atau tiga hari sebelum COD dan harga ditawarkan pula RM10 bagi satu kilogram limau bali.

“Alhamdulillah, walaupun saya tidak lagi bekerja di pejabat seperti dulu tetapi kini boleh bekerja mengikut masa tersendiri dan mampu menjana pendapatan hampir RM400 sehari,” katanya.

Menurutnya, bekalan limau bali itu diperoleh daripada Perak, Pulau Pinang dan Thailand. Selain limau bali, Mohd. Sanusi turut membuat penghantaran pelbagai jenis keropok berdasarkan permintaan daripada pelangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya