Tunggakan cukai, denda UTAR RM83j dihapus sebab sektor pendidikan

Tunggakan cukai, denda UTAR RM83j dihapus sebab sektor pendidikan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dasar kerajaan tidak mengenakan cukai bagi entiti pendidikan bukan berasaskan keuntungan menyebabkan kerajaan menghapuskan tunggakan cukai dan denda RM83 juta Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, kelewatan kelulusan pengecualian cukai kepada UTAR kerana universiti itu masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR). 

Jelas beliau, Yayasan TAR belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya meminta Yayasan TAR segera memisahkan struktur operasinya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

“Soal pengecualian cukai bagi UTAR iaitu universiti Cina, jadi apa dasar kita? Semua usaha untuk pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan kita kecualikan (cukai).

“Kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar miskin belajar, untuk kecualikan (fi) tuisyen, kita kecualikan cukai. Bagi saya tidak ada masalah, cuma kita umumkan kelulusan itu lewat berikutan yayasan UTAR belum dipecahkan.

“Namun baru-baru ini, mereka beritahu beri tempoh setahun, mereka akan pecahkan, namun sementara itu mereka minta pengecualian (cukai) bagi semua kelulusan untuk pendidikan anak miskin,” katanya berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) di sni hari ini.

Berdasarkan laporan sebuah portal berita, Anwar dilaporkan memutuskan melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan dendanya dikenakan

Dalam pada itu, kata Anwar, kerajaan tidak mengambil kira soal bangsa dalam aspek memberi bantuan untuk pelajar miskin.

“Apabila sebut pendidikan untuk anak miskin, tidak kira anak Melayu, Cina atau India,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya