Tukang masak maut kereta rempuh jentolak - Utusan Malaysia

Tukang masak maut kereta rempuh jentolak

ZURAINI Murad maut dalam kemalangan dengan sebuah jentolak di Jalan Lencongan Timur di Sungai Petani, pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang tukang masak wanita maut selepas kereta yang dipandu merempuh sebuah jentolak dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Zuraini Murad, 48, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail memberitahu, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah jentolak jenis 214 Series 5.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu dari Taman Batik menuju ke Bukit Bayan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Axia tersebut telah melanggar bahagian belakang jentolak di lorong kanan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian tersebut menyebabkan bahagian hadapan Perodua Axia tersebut remuk dan enjin pecah, manakala pemandunya pula mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu Perodua Axia yang gagal mengawal kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan jentolak,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya