Tukang masak lelaki didakwa rakam video, simpan gambar lucah lelaki - Utusan Malaysia

Tukang masak lelaki didakwa rakam video, simpan gambar lucah lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini, atas tuduhan merakam video lelaki lain dalam bilik mandi serta menyimpan gambar lucah lelaki tersebut.

Mohamad Shamir Farizmi Narawi, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Tertuduh didakwa telah mengaibkan kehormatan dan menganggu kesantunan Mohamad Haiqal Zarul Azuan, 21, dengan cara merakam video lelaki itu ketika berada di dalam bilik mandi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mandi asrama Swiss Garden International Villa, unit Seri Tanjung, Jalan Damai Laut, Teluk Senangin, Lumut, pada pukul 9.17 malam 20 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyimpan 16 keping gambar lucah ketika berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira pukul 4.30 petang pada 25 Oktober lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 292 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid menetapkan kes itu disebut semula pada 4 Disember ini dan membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh.

Pendakwaan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya, manakala tertuduh diwakili peguam Adham Jamalullail Ibrahim.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang belum berkahwin, memberitahu bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM2,000 sebulan manakala bapanya seorang pemandu lori dan ibu suri rumah.

Jelasnya, kedua-dua pertuduhan itu melibatkan kejadian yang sama, dan memohon jaminan yang rendah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya