Tukang kasut rayu bantuan Perkeso

Tukang kasut rayu bantuan Perkeso

ABDUL Shariff Jamaludin yang kehilangan dua jari kaki kiri akibat komplikasi kencing manis membaiki kasut di Terminal Bas Baharu Jerantut di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang tukang kasut yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kecewa kerana gagal memperoleh elaun atau bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) walaupun dua kali memohon pada 2021 dan 2022.

Abdul Shariff Jamaludin, 48, berkata, permohonan dibuat setelah dia menjalani rawatan membuang dua jari kaki kanan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

“Saya hairan kenapa tidak memperoleh faedah bantuan ini sedangkan ketika bekerja sebagai pemandu kepada bekas Ahli Parlimen Jerantut selama 10 tahun ada dibuat caruman Perkeso.

“Pada 27 Januari 2021, saya menjalani rawatan membuang dua jari kaki kanan akibat komplikasi penyakit kencing manis dan lanjutan kes rawatan tersebut, saya memohon bantuan Perkeso Temerloh pada 25 April 2021 dan 11 Januari 2022. Namun jawapan yang diberikan saya tidak layak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Abdul Shariff berkata, pembedahan lutut dan dua jari kaki kiri dipotong memberi kesan dalam kehidupannya apabila tidak mampu berjalan dalam jarak jauh, menaiki tangga atau tempat tinggi dan kerap berasa lemah ketika melakukan kerja berat.

“Setiap hari, saya gagahi datang ke kedai untuk membaiki kasut pelanggan berdekatan Terminal Bas Baharu bandar ini bagi memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia berdepan kesempitan wang setiap bulan apabila menanggung seorang anak yang masih belajar di tingkatan enam dan dua di ins­titusi pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan perbelanjaan RM2,500 sebulan termasuk bagi membeli barang keperluan dapur serta bayaran bil.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memberikan bantuan bulanan RM350 menerusi pemberian kad OKU dapatlah berbelanja membeli ubat untuk meredakan kesakitan di kaki kiri,” katanya.

Abdul Sharif berharap Perkeso menimbang bantuan sesuai untuk keperluan kehidupannya walaupun dalam jumlah yang kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya