Tujuh lot kedai dalam bangunan pasar raya musnah terbakar

Tujuh lot kedai dalam bangunan pasar raya musnah terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran tujuh lot kedai dalam bangunan pasar raya di Jalan Sungai Pasir, Kampung Masjid di Sungai Petani, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak tujuh daripada 15 lot kedai dalam sebuah pasar raya musnah akibat kebakaran di Jalan Sungai Pasir, Kampung Masjid, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.54 pagi.

Katanya, seramai 21 anggota daripada BBP Tikam Batu dan BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian dan sejurus tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran bangunan deretan kedai itu membabitkan 15 lot. 

“Daripada jumlah itu, tujuh premis musnah dalam kebakaran ini. Setakat ini anggaran kemusnahan adalah kira-kira 40 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhamad Syukri berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.41 pagi sementara operasi memadamkan api masih dijalankan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya