Tujuh daerah alami cuaca panas

Tujuh daerah alami cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh daerah di Semenanjung Malaysia dikesan mengalami cuaca panas dengan suhu maksimum mencapai 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

Daerah terbabit adalah Gombak dan Petaling di Selangor, Putrajaya, Larut dan Kuala Kangsar (Perak), Temerloh dan Maran (Pahang).

Berdasarkan status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), ketujuh-tujuh daerah itu diletakkan pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga.

“Tahap Berjaga-Jaga adalah suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN