‘Tuan Ibrahim seperti sindir guru Pasti tak ambil gaji’ 

‘Tuan Ibrahim seperti sindir guru Pasti tak ambil gaji’ 

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan mengambil gaji seolah-olah turut memerli guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang berkhidmat tanpa gaji. 

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pemimpin Pas sepatutnya mengasihani pekerja-pekerja parti termasuk guru Pasti yang tidak diberi gaji dan elaun.

“Guru-guru Pasti ini (barangkali) malaikat, barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap.

“Begitu juga pekerja parti di pejabat Pas yang menerima gaji kecil sekitar RM400 ke RM500 ratus sahaja sebulan. Mereka juga malaikat barangkali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, ketika perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Tuan Ibrahim membangkitkan persoalan bagaimana Anwar memperoleh pendapatan sekiranya beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan disandangnya.

Malah, dalam nada berseloroh, Tuan Ibrahim berkata, seorang rasul pun diberikan ‘peruntukan’ oleh Allah SWT untuk rezekinya.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin menyifatkan sindiran Tuan Ibrahim itu merupakan sindiran kepada guru-guru Pasti dan pekerja parti yang menggorbankan gaji mereka atas nama ‘perjuangan.’.

“Jadi, guru Pasti sukarela atas nama perjuangan tidak mengambil gaji sebagaimana Perdana Menteri sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji.

“Mereka ini yang disindir oleh Tuan Ibrahim. Guru Pasti tidak terasa ke? Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri tanpa gaji,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya