Trofi Pelakon Pembantu Filem Popular milik Raja Ema - Utusan Malaysia

Trofi Pelakon Pembantu Filem Popular milik Raja Ema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon senior, Raja Ema, 55, mengakui terkejut apabila berjaya menumpaskan empat pencabar lain sekali gus dinobatkan Pelakon Pembantu Filem Popular sempena Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).

Menurut Raja Ema, dia tidak sangka dirinya mampu menewaskan pelakon muda bagi kategori tersebut selepas kali terakhir meraih kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Popular pada tahun 1988.

“Allahuakhbar. Syukur alhamdulillah, macam mana nama saya boleh ‘terselit’ ni? (sebagai pemenang).

“Saya tak sangka dengan kemenangan ini. Pesaingan pun sangat sengit. Kemenangan ini bukan untuk peminat saya sahaja tapi juga sebagai pembakar semangat kepada pelakon yang seangkatan dengan saya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagi Angan-Angan itu turut berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang mendorongnya sehingga berjaya meraih kemenangan tersebut.

“Apapun terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang mendoakan saya. Tidak dilupakan peminat yang mengundi saya,” ujarnya.

Untuk info, Raja Ema menewaskan Daiyan Trisha, Harissa Adlyn, Nadia Brian dan Wanna Ali yang turut berentap dalam kategori tersebut bagi ABP36. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya