Treler rempuh 8 kenderaan di NKVE

Treler rempuh 8 kenderaan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah treler yang mengalami masalah brek semasa menuruni bukit merempuh lapan buah kenderaan lain yang dipandu perlahan akibat kesesakan di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan berkenaan pada 14 Oktober, pukul 6.03 petang.

“Kejadian di KM18.5 Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) itu telah mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terlibat dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh kesemua mangsa.

“Kemalangan berlaku pada pukul 2.10 petang, dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulnizam meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam Muniandy di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“PDRM tidak akan berkrompomi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya