Traktor bagasi EV GTR lapangan terbang kurang pelepasan karbon

Traktor bagasi EV GTR di lapangan terbang kurang pelepasan karbon,  jimat bahan bakar

ANTHONY Loke mencuba kenderaan bagasi GTR di Asia Digital Engineering (ADE) MRO Hangar, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Malaysia tidak boleh lagi ketinggalan dalam transisi mesra alam termasuk melibatkan  sektor penerbangan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, traktor bagasi kenderaan elektrik (EV) yang dikendalikan Ground Team Red Sdn. Bhd. (GTR) merupakan salah satu contoh usaha pengurangan pelepasan karbon dan menjimatkan bahan bakar.

Kata beliau, operator darat itu, bukan sahaja merintis kepada EV yang amat praktikal, malah membuktikan keupayaan kenderaan sedemikian dalam jangka panjang bertepatan Peta Hala Tuju Penyahkarbonan Penerbangan Nasional yang baru dilancarkan bulan lalu.

“Ia selaras dengan misi kerajaan untuk melihat sektor industri penerbangan awam kita bebas karbon menjelang 2050 kelak,” katanya selepas melancarkan Inisiatif Traktor Bagasi EV di hangar Asia Digital Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

GTR ketika ini memiliki sejumlah 20 unit traktor EV manakala 40 lagi diterima suku kedua 2025 dan menjadikan syarikat itu sebagai pengendali terbesar jentera tersebut di ASEAN melalui usaha sama antara syarikat penerbangan AirAsia dan Singapore Airport Terminal Services Limited.

Operator darat itu mula melaksanakan sesi percubaan traktor bagasi EV pada tahun lepas melibatkan jenama Hangcha buatan China model terkini QSD320-XD3-MAI dan T137-V3.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GTR, Musdalifa Abdullah berkata, pihaknya bakal mengendalikan secara keseluruhan 60 unit traktor EV iaitu angka paling besar di rantau Asia Tenggara.

Katanya, secara keseluruhan sejumlah 119 buah traktor bagasi yang berkuasa diesel dikendalikan oleh pihak GTR selama ini dan membuktikan penggunaan jentera EV tersebut ternyata berjaya mengurangkan pelepasan karbon hingga kadar 66 peratus.

Jelasnya, traktor berkenaan juga diunjurkan mampu menurunkan sejumlah 1,092 tan karbon dioksida dalam tempoh setahun dan menjimatkan kos penggunaan bahan bakar sebanyak 43 peratus dengan tempoh ketahanan tujuh jam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya