Tragedi UiTM Dungun: Siasatan diteruskan terhadap wanita didakwa sakit mental

Tragedi UiTM Dungun: Siasatan diteruskan terhadap wanita didakwa sakit mental

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada pengecualian terhadap wanita yang didakwa mempunyai masalah mental dalam kes kemalangan  sehingga meragut  tiga nyawa penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, di Terengganu, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, biarpun wanita itu didakwa mempunyai masalah mental namun siasatan tetap dilakukan mengikut prosedur biasa seperti kes-kes kemalangan lain.

Menurut beliau, siasatan dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada suami kepada wanita itu dan saksi-saksi di tempat  kejadian.

“Kes ini tetap disiasat seperti biasa termasuklah ditahan dan reman, tiada pengecualian.

“Polis juga akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, selepas siasatan dilengkapkan,  wanita berkenaan akan dituduh di mahkamah. 

Jelas beliau, sebarang tindakan lanjut sama ada akan diarah untuk rawatan psikiatri atau sebaliknya itu akan bergantung kepada keputusan mahkamah nanti. 

Rabu lalu, SUV dipandu wanita terbabit merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan.

Tiga mangsa yang terbunuh ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala seorang lagi cedera  parah. 

Berikutan itu, pemandu SUV iaitu wanita berusia 49 tahun yang juga suri rumah direman empat hari bermula 10 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya