Masalah Tingkatan 6: Selut di sebalik air jernih

Tingkatan 6: Selut di sebalik air jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masalah kekurangan guru merupakan masalah utama di mana-mana Pusat Tingkatan 6 sekarang.

Masalah ini berlanjutan ekoran kekurangan guru opsyen di kebanyakan sekolah. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah sampingan seperti tekanan dalam kalangan guru, prestasi pelajar yang kurang dititikberatkan, dan pengurusan Tingkatan 6 menjadi kurang relevan.

Masalah ini sukar diatasi kerana beberapa kekangan seperti kekurangan guru opsyen bagi mata pelajaran tertentu, tiada kerjasama daripada pihak pengurusan tertinggi sekolah walaupun ada guru yang berminat untuk mengajar di Tingkatan 6, dan guru-guru yang berada dalam keadaan ‘zon selesa’ di sesebuah sekolah.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan isu tersebut. Guru yang berminat untuk mengajar di Tingkatan 6 mesti diberikan peluang kerana laluan kerjaya di Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan naik pangkat.

Bilangan guru di Pusat Tingkatan 6 yang terdiri daripada enam kelas dan mempunyai pelajar yang kurang daripada 50 orang boleh dikurangkan. Guru-guru tersebut boleh digerakkan ke Pusat Tingkatan Enam yang sangat memerlukan guru.

Terdapat Pusat Tingkatan 6 yang hanya mempunyai seorang guru untuk mengajar 50 hingga 80 orang pelajar terutama untuk mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, dan Malaysian University English Test (MUST) yang boleh mengundang tekanan kepada guru-guru yang berkenaan.

Dicadangkan agar guru-guru lepasan ijazah pendidikan pengkhususan mata pelajaran Tingkatan 6 seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan , UPSI ditempatkan ke Pusat

Tingkatan Enam untuk mengajar subjek Pengajian Am atau subjek lain yang relevan.

Segala usaha Kementerian Pendidikan ke arah memperkasakan tingkatan enam sebagaimana Pelan Pembangunan Pendidikan Tingkatan 6 (2024-2030) yang berteraskan kepada empat inisiatif yang digariskan amat disokong dan dialu-alukan.

Segala usaha Kementerian Pendidikan ke arah memperkasakan Tingkatan Enam sebagaimana Pelan Pembangunan Pendidikan Tingkatan Enam (2024-2030) yang berteraskan kepada empat inisiatif yang digariskan amat disokong dan dialu-alukan. Kita tidak mahu Tingkatan 6 dilihat bagai air yang jernih, namun di bawahnya selut yang boleh mengeruhkan air tersebut jika kita gagal merancang dengan sempurna dan berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN