Tingkat penguatkuasaan kenderaan berat di Nilai

Tingkat penguatkuasaan kenderaan berat di Nilai

KEJADIAN kemalangan melibatkan lima buah kereta dan sebuah lori di Jalan Persiaran Negeri dekat Nilai, Seremban, baru-baru ini meragut nyawa seorang wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk sekitar Nilai di sini menuntut pihak berkuasa meningkatkan pe­nguatkuasaan terhadap keha­diran kenderaan berat, lori dan kenderaan perdagangan yang bertambah di kawasan itu.

Dakwa penduduk, pemandu-pemandu lori terbabit sering dilihat memandu dengan laju selain melakukan pelbagai kesalahan lain yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurut mereka, kemala­ngan membabitkan sebuah lori yang merempuh lima buah kenderaan lain sehingga menyebabkan seorang wanita maut, baru-baru ini adalah kemuncaknya dan kejadian itu tidak boleh dibiarkan berulang.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Amir, 30, berkata, pihak berkuasa se­perti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyelesaikan isu itu.

“Perlu pantau setiap pergerakan keluar masuk terutama di kawasan tapak projek. Tunggu di situ dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang selama tiga hari dan lihatlah sendiri bagaimana keadaannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Rahmat, 45, pula mendakwa, kebanyakan lori perdagangan mempunyai ‘tonto’ untuk mengawasi pergerakan JPJ.

“Di Nilai ini, saya mendapati ada kenderaan pacuan empat roda iaitu ‘tonto’ mengawasi di bulatan Nilai dan setiap persimpangan untuk memantau pergerakan JPJ.

“Penguatkuasaan perlu lebih kerap atau ada pejabat sementara di Nilai ini memandangkan memang banyak kenderaan perdagangan yang keluar masuk di laluan sempadan Sepang-Nilai,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata, mengikut pemantauan dan aduan daripada orang awam yang diterimanya, terdapat lori yang membawa muatan tanah dipandu laju dan berbahaya terutama di kawasan Bandar Baru Nilai dan Bandar Baru Salak Tinggi.

“Saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah JPJ dan Pengarah JPJ Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan lebih agresif terhadap lori-lori tanah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya