Tingkat kemahiran digital pelajar Orang Asli

Tingkat kemahiran digital pelajar Orang Asli

PELAJAR Orang Asli SMK Tengku Indera Petra 1 didedahkan dengan kemahiran digital dengan bantuan USIM dan IDEAS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 34 pelajar Orang Asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1 di sini diberikan peluang memperkasakan diri mereka dengan kemahiran digital melalui satu program intensif NEXTGEN I-Skilled yang diadakan di sini baru-baru ini.

Program tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institute for Democracy and Economic Affairs Malaysia (IDEAS), menumpukan usaha untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

Dalam era kecerdasan buatan (AI) yang serba pantas ini, kemahiran digit  bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memastikan kesinambungan perkembangan kemahiran dan bakat pelajar Orang Asli, yang membolehkan mereka melanjutkan ke pengajian tinggi terutamanya dalam bidang vokasional, selepas menamatkan persekolahan.

Antara objektif utama program ini adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah berteraskan digital yang semakin diperlukan dalam pasaran kerja.

Dengan menyediakan latihan, sumber, dan pemantauan yang komprehensif, program ini membantu pelajar mengembangkan kemahiran asas seperti keyakinan diri, komunikasi, kepimpinan organisasi, dan pemasaran digital. Kemahiran-kemahiran ini dilihat sebagai elemen penting yang mampu meningkatkan kesediaan mereka untuk memasuki dunia pekerjaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

Program ini bukan sekadar satu program latihan jangka pendek, tetapi satu usaha berterusan dipandu modul-modul pembelajaran yang mampan yang dibangunkan khas memenuhi keperluan pelajar Orang Asli.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN