Tindakan kompaun sewa khemah di pantai awam

Tindakan kompaun sewa khemah di pantai awam

NGA Kor Ming bergambar bersama wakil negeri PBT selepas menyampaikan sijil penghargaan pada majlis penyerahan sijil The Malaysia Book Of Record (MBOR) sempena Hari Cuci Malaysia : Pembersihan Mega Seluruh Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Sembilan akan bertindak lebih tegas ke atas mana-mana operator penyewaan khemah yang masih lagi berdegil di sepanjang pantai Port Dickson.

Langkah ini disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson merampas khemah haram itu yang dilarang dipasang di kawasan pantai bukan milik persendirian.

Katanya, sebelum ini pihaknya pernah mengambil tindakan sitaan namun ada pengusaha lain pula menceroboh lokasi berkenaan.

“Sudah tiba masa agar tiada tolak ansur kerana dibimbangi boleh memberi imej negatif kepada sektor pelancongan Port Dickson.

“Pasang khemah itu sendiri memang tidak dibenarkan undang-undang tempatan di pantai awam kerana ia adalah tanah kerajaan untuk rakyat bebas buat aktiviti rekreasi,” katanya selepas menerima sijil penghargaan atas kejayaan Negeri Sembilan yang meraih rekod kutipan sisa pepejal paling berat bersempena dengan Hari Cuci Malaysia 2024 lalu di sini hari ini.

Isu penyewaan khemah di Port Dickson tular dikongsikan warganet yang marah apabila mereka dihalau untuk berkelah oleh operator terbabit walaupun berada di kawasan awam.

Deretan binaan sementara yang bumbungnya berwarna biru tersebut turut mengganggu pemandangan para pengunjung datang untuk beriadah di pantai peranginan popular itu.

Mengulas lanjut, Arul Kumar berkata, pada asalnya konsep khemah itu hanya boleh untuk dipasang atas permintaan pelawat yang mahu berteduh daripada sinaran terik matahari.

“Walau bagaimanapun, ia bertukar menjadi bisnes pula dan saya difahamkan ada orang awam dipaksa menyewa khemah yang sudah didirikan awal di tempat tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN