Tindakan batal mesyuarat enam cawangan punca MPT gantung Bersatu Jasin

Tindakan batal mesyuarat enam cawangan punca MPT gantung Bersatu Jasin

Gugur
HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keputusan Ketua Bahagian Bersatu Jasin, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub membatalkan mesyuarat enam cawangan menjadi punca Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menggantung jawatankuasa bahagian itu berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan perkara itu menerusi surat bertarikh 14 Oktober lalu kepada Mohd. Yadzil yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka dan Pengerusi Perikatan
Nasional (PN) Melaka.

Menurutnya, susulan penggantungan itu, pengurusan dan pentadbiran Bersatu Jasin diambil alih oleh MPT selaras dengan Perlembagaan Bersatu Fasal 11.2.

Sumber parti itu memberitahu, keputusan MPT itu susulan tindakan Mohd. Yadzil membatalkan mesyuarat enam cawangan bahagian itu kerana menyatakan sokongan Ketua Srikandinya, Jeehan Adam menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Jasin.

“Susulan tindakan itu, Jeehan telah membuat aduan kepada Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Haron dan perkara tersebut telah dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan parti serta dipanjangkan kepada MPT,” ujarnya.

Menurut sumber itu lagi, hasil siasatan Jawatankuasa Pemilihan Bersatu mendapati mesyuarat enam cawangan Bersatu Jasin mengikut aturan yang ditetapkan.

“Pada mesyuarat MPT Khamis lalu dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapati ada pelanggaran peraturan yang dibuat oleh Mohd. Yadzil,” ujarnya.

Katanya, dakwaan bahawa enam cawangan itu tidak mengadakan mesyuarat seperti yang dimaklumkan ibu pejabat Bersatu adalah tidak benar.

Justeru katanya, keputusan MPT itu menyebabkan Bersatu Jasin tidak boleh mengadakan pemilihan jawatankuasa dan mengundi pimpinan tertinggi pada pemilihan bulan depan.

Mohd. Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sebagai Ketua Bersatu Jasin.

Sementara itu usaha Utusan menghubungi Mohd. Yadzil bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut gagal apabila beliau gagal dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya