Tiga rekod 4x100m MSSM lebur - Utusan Malaysia

Tiga rekod 4x100m MSSM lebur

KUARTET Kedah muncul juara acara 4x100 meter kategori Lelaki 18 Tahun pada Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Perak hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga rekod acara lari berganti-ganti 4×100 meter diperbaharui pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2024 kali ke-64 di Stadium Perak hari ini.

Ia melibatkan kategori Perempuan 18 dan 12 Tahun serta Lelaki 12 Tahun.

Sabah memperbaharui dua acara iaitu Perempuan dan Lelaki 12 Tahun manakala Johor memadam catatan lama kategori Perempuan 18 tahun.

Kuartet Johor terdiri daripada Nur Malisya Mohd Ishak, Nurul Khaliesah Mohd Fauzi, Anis Batrisyah dan S Varshini mencatat 47.65s untuk memadam rekod lama 47.95s.

Sabah ditempat kedua dengan catatan 47.97s manakala Selangor ketiga.

Kuartet Sabah memadam rekod 14 tahun Johor ketika memenangi acara 4×100 meter P12 Tahun.

Pelari Sabah terdiri daripada Alysha Lim King Wen, Yyonally Olga Muslay, Clayvera Waslin dan Sarimah Vile mencatat 51.49s untuk memadam  rekod 52.26s oleh pasukan MSSM Johor pada 2010.

Pulau Pinang ditempat kedua dengan masa 51.86s manakala Selangor ketiga.

Kuartet lelaki 12 Tahun Sabah pula mencipta rekod baru dengan kepantasan 44.59s.

Jasline Juslin, Asrul Nurung, Ahmad Khairul Raihan dan Evan Hazel Andrew memusnahkan catatan lama 45.18s oleh MSSM Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya