Tiga pelajar UiTM maut, seorang parah dirempuh SUV - Utusan Malaysia

Tiga pelajar UiTM maut, seorang parah dirempuh SUV

KEADAAN mayat salah seorang daripada tiga pelajar UiTM Kampus Dungun yang maut dirempuh sebuah Honda CRV dalam kemalangan di hadapan kampus itu di Kampung Sura Hujung, Dungun, malam ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Tiga penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut dan seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), malam ini.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.20 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung.

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20.

Ketika kejadian, empat pelajar yang menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Y15 itu dikatakan baru sahaja selesai makan malam di sebuah kedai berhampiran kampus tersebut.

Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila motosikal yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dirempuh Honda CRV yang dipandu seorang wanita dari arah belakang.

Ketiga-tiga mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera pula telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya