Tiga nelayan hilang ditemukan berhampiran perairan Kuantan

Tiga nelayan hilang ditemukan selamat berhampiran perairan Kuantan

MOKHTAR Yusof disambut anaknya, Noraida Mokhtar ketika tiba di Pengkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang daripada menangkap ikan di perairan Kerteh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan selamat, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata, bot tersebut ditemukan oleh nelayan dari Kuantan, Pahang, kira-kira 25 batu nautika tenggara Kuala Kemaman, berhampiran perairan Kuantan pada pukul 5.30 pagi.

“Kita menerima maklumat daripada keluarga mangsa selepas ada nelayan yang menghubungi keluarga memaklumkan menemukan bot tersebut kemudian menggerakkan bot Perkasa 49 ke lokasi kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi untuk memantau dan menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman di sini, hari ini.

Muhammad Faisal memberitahu, kesihatan tokong bot tersebut, Mokhtar Yusof, 69, dilaporkan kurang baik ketika ditemukan dan dibawa pulang ke Zon Maritim Kemaman di sini, untuk menerima rawatan kira-kira pukul 11 pagi.

Tambahnya, dua lagi mangsa iaitu anak tekong, Mohd. Syukri Mokhtar, 46, dan Mohd. Nasir Yusof, 46, yang merupakan adik kepada Mokhtar juga ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat dalam bot tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN