Tiga kereta dijilat api selepas terlibat kemalangan

Tiga kereta dijilat api selepas terlibat kemalangan

Kereta dijilat api
PASUKAN penyelamat memadam kebakaran ketiga-tiga kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dekat Kilometer 4.4 NKVE berdekatan susur keluar Setia Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga kereta termasuk sebuah pacuan empat roda dijilat api selepas terlibat dalam kemalangan dekat Kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), berhampiran susur keluar Setia Alam di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, ketiga-tiga kereta terlibat iaitu Ford Ranger, Proton Persona dan Audi berada di arah yang sama iaitu dari arah Shah Alam menuju ke Klang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.38 sebelum menggerakan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.

“Komander operasi lapor kebakaran melibatkan tiga buah kereta disebabkan kemalangan. Dua jenis sedan terbakar 100 peratus da pacuan empat roda terbakar 50 peratus,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat dan memadam kebakaran selesai pada pukul 5.20 petang, bagaimanapun terdapat tiga mangsa yang memandu kereta masing-masing mengalami kecederaan, namun tidak dapat dipastikan statusnya.

“Namun, mangsa sudah pun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Maklumat mangsa tidak dapat diketahui,” jelasnya.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan akan memberikan maklumat lanjut kemudian.

Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial apabila menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer dari kedua-dua arah terutama dari Shah Alam apabila insiden itu menghalang keseluruhan laluan. – UTUSAN

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya