Tiga beranak dikhuatiri hilang di perairan Kerteh - Utusan Malaysia

Tiga beranak dikhuatiri hilang di perairan Kerteh

ANGGOTA APMM mengadakan rondaan bagi mengesan tiga anak beranal yang dikhuatiri hilang di perairan Kerteh, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Identiti nelayan yang dkhuatiri hilang selepas tidak pulang daripada menangkap ikan dan mencandat sotong di perairan Kerteh, di sini, sejak Ahad lalu, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nelayan itu dikenali sebagai Mokhtar Yusoff, 69, yang berasal dari Kampung Fikri dan anaknya, Mohd. Syukri Mokhtar, 46, tinggal di Kuala Kemaman serta adik Mokhtar, iaitu Mohd. Nasir Yusoff, 46, beralamat di Kampung Paya Berenjut di sini.

“Ketiga-tiga nelayan ini yang merupakan anak beranak dipercayai hilang di sekitar perairan Kerteh.

“Kali terakhir tiga lelaki ini dilihat ialah kira-kira pukul 3 petang pada Ahad ketika hendak turun ke laut dengan menggunakan bot dengan nombor pendaftaran TRF 798 dari Jeti Kuala Kemaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanyan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya