Tidak timbul isu JPKKP Sabah tidak diiktiraf - Bung Moktar

Tidak timbul isu JPKKP Sabah tidak diiktiraf – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin (tiga kiri) menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi JPKKP kepada salah seorang penerima di Dewan Masyarakat Antonom di Tenom, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Tidak timbul isu kewujudan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Sabah tidak diiktraf.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan pengerusi-pengerusi JPKKP diiktiraf oleh Kerajaan Perpaduan maka mereka mesti melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

“Pikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan ini dengan sebaiknya, jangan hilang fokus. Jika kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan ini, kerajaan Pusat mengiktiraf pelantikan berkenaan,” katanya semasa menyampaikan watikah pelantikan JPKKP (Komuniti Desa Madani) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dan Melalap di Dewan Masyarakat Antanom, semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, kewujudan jawatan JPKKP di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dilakukan bagi mengimbangkan kuasa di peringkat daerah dan negeri di peringkat akar umbi.

“Dalam persidangan DUN, pemimpin utama negeri mengakui menyokong konsep Kerajaan Perpaduan namun pelantikan jawatan yang dilakukan tidak seimbang. Malah, ada kawasan DUN di bawah BN tidak menerima peruntukan tahunan.

“Itu sebabnya, saya berunding dengan kerajaan pusat khususnya KKDW untuk mewujudkan JPKK di Sabah bagi mengimbangi keperluan pembangunan mengikut kepadatan serta geografi di Sabah, khususnya di luar bandar yang masih memerlukan perhatian dalam aspek pembangunan dan peningkatan sosio-ekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya