Tidak mustahil Parti KDM tanding 50 kerusi pada PRN Sabah

Tidak mustahil Parti KDM tanding 50 kerusi pada PRN Sabah

PETER Anthony tiba pada majlis pelancaran jenteran PRN Sabah DUN Kadamaian di Kota Belud, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony optimis untuk bertanding 50 kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata, melihat kepada sokongan luar biasa yang diterima oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) dan juga permintaan untuk melebarkan sayap parti ke kawasan majoriti muslim, tidak mustahil untuk parti KDM bertanding 50 kerusi.

Katanya, biarpun sebelum ini beliau telah mengumumkan untuk bertanding lebih 30 kerusi di kawasan majoriti KDMR namun, mereka menerima banyak permintaan untuk melebarkan sayap parti ke seluruh Sabah.

“Melihat keadaan sekarang, kami mendapat banyak permintaan. Jadi tidak mustahil kerusi yang kami akan tandingi mencecah 50 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau percaya perebutan kerusi dalam kalangan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi kelebihan kepada parti KDM yang telah memutuskan untuk bergerak secara solo menjelang PRN-17.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu turut mengumumkan du lagi manifesto parti KDM iaitu mewujudkan semula Amanah Saham Sabah dan menambah baik pengurusan tanah di negeri ini.

Katanya, beliau akan memastikan rakyat Sabah yang langsung tidak memiliki tanah akan diberikan tanah dan usaha untuk meluluskan permohonan tanah dan pewartaan tanah kampung akan dipercepatkan.

“Kami bertekad mewujudkan semula pemberian dividen Amanah Saham Sabah sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada PRN akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya