Tidak lama lagi pas My50 boleh ditambah nilai guna e-dompet 

Tidak lama lagi pas My50 boleh ditambah nilai guna e-dompet 

ANTHONY Loke pada sidang media selepas manghadiri sesi taklimat di kaunter Stesen LRT Pasar Seni, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengintegrasikan pas My50 dan e-dompet Touch’ n Go (TNG) bagi memudahkan tambah nilai setiap bulan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, insentif tersebut akan memudahkan pengguna yang selepas ini tidak lagi perlu  pergi ke kaunter Rapid KL atau Prasarana.

“Bagi mengurangkan kesesakan di kaunter dan memudahkan pengguna, orang ramai boleh mengintegrasikan dengan menerusi e-dompet bagi membaharui pas My50. 

“Justeru, perkara itu akan dilaksanakan dalam beberapa bulan lagi dan kita berharap menjelang tahun ini kita dapat memudahkan lagi pengguna (akan mula dilaksanakan),” katanya dalam pada sidang media selepas menghadiri majlis sesi taklimat di Kaunter Tiket Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan turut  memperuntukkan sebanyak RM216 juta bagi inisiatif My50, bagi membolehkan inisiatif tersebut diteruskan.

Kata beliau,  pas My50 setakat ini sudah dilanggan 226,000 pengguna berbanding pelancaran kali pertama pada 2019 sekitar 98,000. 

“Justeru dalam tahun ini,  peningkatan dua kali ganda, daripada 98,000 langganan kepada 226,000  sekali gus menunjukkan inisiatif ini  berjaya menarik lebih banyak orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya. 

Anthony berkata,  angka langganan My50 dijangka terus meningkat pada tahun hadapan susulan  pembukaan laluan baharu LRT 3.

Mengulas lanjut, beliau berkata,  MOT  terus berusaha  meningkatkan jumlah tren yang beroperasi dengan ketika ini  56 set train beroperasi  bagi laluan Kelana Jaya berbanding 41 set pada 2022.

“Bagi waktu puncak kini termasuk pagi dan sebelah petang, kekerapan tren adalah 3 minit berbanding 4 minit dua tahun sebelum ini.

“Tahun depan, MOT menyasarkan agar pada waktu puncak, kekerapan tren ialah 2.8 minit dan peningkatan kepada 59 set tren,” katanya.

Dalam pada itu,  katanya, setakat bulan September tahun ini, Prasarana  berjaya mengurangkan gangguan kepada 21 gangguan bagi laluan Kelana Jaya, berbanding 49 gangguan sepanjang tahun  2022.

“Gangguan yang dimaksudkan ialah seperti tren tidak dapat beroperasi lebih lima minit. 

“Gangguan teknikal itu kini berkurangan kerana kumpulan Prasarana telah memberikan fokus yang cukup tinggi bagi penyelenggaraan tren,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya