Tiada unsur jenayah kematian pelajar jatuh bangunan

Tiada unsur jenayah kematian pelajar jatuh bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kematian seorang pelajar perempuan selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.59 petang itu, satu laporan diterima Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields daripada orang awam

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa berumur 13 tahun  jatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dirujuk ke Bahagian Forensik dan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat

“Kes kematian ini telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan

Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai.

“Selain masyarakat juga perlu menghentikan penularan kejadian ini dalam media sosial,” jelasnya.

Ku Mashariman berkata, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya