Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan Turkish Aerospace Industries

Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan Turkish Aerospace Industries

LETUPAN dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan Turkish Aerospace Industries di daerah Kahramankazan, Ankara pada Rabu. - Gambar Reuters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat ekoran serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Türkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, di Ankara semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan bagaimanapun menegaskan, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.

Wima Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan itu dan semua rakyat Malaysia di Türkiye dinasihatkan untuk kekal tenang.

Mereka diminta berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Türkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera segera sembuh.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan/atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul,” katanya.

Dalam insiden semalam, satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan TAI di ibu negara Turkiye, Ankara yan mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Letupan dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan TAI di daerah Kahramankazan, Ankara.

Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN