Tiada pusingan ‘U’ isu larangan pamer produk tembakau - Dr. Dzulkefly

Tiada pusingan ‘U’ isu larangan pamer produk tembakau – Dr. Dzulkefly

DZULKEFLY Ahmad berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Ibu Pejabat KKM di kementeriannya di sini, hari ini. - UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat membuat pusingan ‘U’ berhubung isu produk tembakau dilarang dipamerkan peruncit bermula awal bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, tiada penangguhan ke atas penguatkuasaan perintah tersebut memandangkan tempoh enam bulan diberikan KKM adalah memadai untuk pihak berkenaan mengubah suai susun atur premis jualan mereka.

“Saya sedia maklum ada ketidakpuasan dan mereka sememangnya berhak menyatakan pandangan namun sudah pasti pendirian kita tidak berubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Ibu Pejabat KKM, di sini hari ini.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 atau Akta 852 diwartakan 2 Februari lalu sebelum dikuatkuasakan 1 Oktober lepas walaupun ada gesaan agar ditunda.

Mengulas lanjut, Dzulkefly memahami kerisauan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia meminta KKM supaya menangguhkan pelaksanaan peraturan akta itu.

“Kita sedar bahawa semua perkara itu ada baik atau buruk, tetapi KKM yakin akan ada satu penyelesaian terbaik melalui perbincangan lanjut dengan mereka nanti,” jelasnya.

Mengenai isu kain untuk pakaian seragam jururawat yang dibekalkan didakwa ada masalah, beliau menyatakan kesediaan KKM meneliti perkara dibangkitkan tersebut.

“Saya memberikan jaminan bersedia untuk membawa isu ini pada sesi mesyuarat pasca Kabinet peringkat KKM untuk mengenal pasti apa penyelesaian terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya