Tiada permohonan, kelulusan untuk aktiviti cari gali minyak dan gas di taman marin

Tiada permohonan, kelulusan untuk aktiviti cari gali minyak dan gas di taman marin

TAMAN Marin Tun Mustapha di Kudat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada sebarang permohonan atau kelulusan diberi untuk menjalankan aktiviti cari gali di kawasan Taman Marin Tun Mustapha, Kudat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, sebarang aktiviti di dalam kawasan perlindungan yang telah diwartakan di bawah kerajaan negeri perlu mendapatkan kelulusan sebelum sebarang aktiviti boleh dimulakan.

“Setakat ini, pihak berkuasa bagi Taman Marin Tun Mustapha belum menerima sebarang permohonan atau memberi kelulusan yang berkenaan untuk aktiviti cari gali minyak dan gas yang berada di dalam kawasan taman marin berkenaan.

“Kementerian melalui Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah bertanggungjawab memastikan ekosistem hidupan marin di dalam kawasan perlindungan terpelihara sepenuhnya selaras dengan Enakmen Taman-Taman 1984 dan undang-undang negeri yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kementeriannya dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar juga telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar bahawa sehingga hari ini tiada sebarang Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang telah dikemukakan bagi tapak blok kontrak perkongsian pengeluaran SB-403.

Sebelum ini, badan pemantau alam sekitar RimbaWatch, menggesa kerajaan Sabah agar tidak meluluskan sebarang aktiviti cari gali minyak dan gas dalam tapak yang dipanggil Blok SB-403 yang didakwa terletak sepenuhnya dalam taman marin yang dilindungi di Sabah.

Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, Petronas telah menganugerahkan Blok SB-403 – kawasan penerokaan minyak luar pesisir di utara Sabah yang meliputi kira-kira 10,256 kilometer persegi kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan E&P Malaysia Venture (EPMV) semasa Pusingan Bidaan Malaysia 2023.

Kedua-dua syarikat itu (Petronas Carigali dan EPMV) kemudiannya menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran dengan SMJ Energy Sdn. Bhd. milik Sabah, yang mengambil pegangan sehingga 20 peratus kepentingan penyertaan dalam kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya