Tiada niat aib, sindir sesiapa pun - Ogy Ahmad Daud - Utusan Malaysia

Tiada niat aib, sindir sesiapa pun – Ogy Ahmad Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng yang dipentaskan bermula hari ini.

Jelas Fauziah atau mesra disapa Ogy, dia sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. 

Tambahnya, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.

“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita. 

“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?

“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya.

Pelakon hebat itu berkata demikian pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, di sini, semalam. 

Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial. 

“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.

“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.

Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP  menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya