KUALA LUMPUR : Rentetan perceraiannya dengan Baim Wong menjadi buah mulut warganet, bekas isteri aktor tersebut, Paula Verhoven, membuat luahan di akaun Instagramnya.
Memetik kata-kata daripada seorang penceramah terkemuka Indonesia, Ustaz Hanan Attaki, Paula memberi gambaran bahawa dia tidak perlu menjelaskan kepada umum tentang apa yang terjadi berhubung kegagalan rumah tangganyq.
“Tahap tertinggi kamu berdamai dengan diri sendiri adalah, tiada masalah kalau orang lain salah paham tentangmu. Selama Allah Maha Tahu segalanya,”tulisnyq.
Sebelum itu juga, Paula ada memuat naik sepotong video ceramah Ustaz Hanan yang menyebut mengenai perihal yang menggambarkan keadaan dirinya pada waktu ini.
Menerusi ceramah tersebut, Ustaz Hanan menjelaskan, respons yang seharusnya diambil oleh seseorang individu saat diperlakukan jahat atau tidak baik oleh orang lain dengan mengamalkan Surat Al Muzammil ayat 10 dan 11.
“Tenang saja, jangan reaktif, jangan responsif, jangan geram, jangan teruja. Abaikan mereka dengan cara yang baik,” ujar Ustaz Hanan.
Episod kemelut rumah tangga Baim Wong dan Paula menjadi bahan hangat apabila berita mengenai perceraian mereka menjadi topik perbualan di pelbagai platform media sosial.
Selain video ceramah Ustaz Hanan Attaki, Paula juga menyelitkan pesanan dari Ali bin Abi Thalib yang berbunyi seperti berikut.
“Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlukan itu.
“Dan yang membencimu tidak akan percaya itu,”katanya.
Terdahulu, Baim membuat pengakuan bahawa dia sudah menceraikan Paula dengan tuduhan bahawa wanita itu curang dengan teman baiknya sendiri
Baim Wong dan Paula Verhoeven berkahwin pada 22 November 2018.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.-UTUSAN