Tiada layanan dua darjat jika tidak pilih opsyen SSPA - KPPA 

Tiada layanan dua darjat jika tidak pilih opsyen SSPA – KPPA 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang memilih untuk kekal dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) tetap diberi layanan sama rata seperti penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, tiada layanan ‘dua darjat’ bagi yang kekal dalam SSM, cuma jika mereka memilih SSPA, mereka akan mendapat segala kemudahan dan pelarasan yang ditawarkan.

“Bagi mereka yang ingin kekal dalam SSM, mereka tetap dilayan sebagai penjawat awam biasa. Cuma dari segi gajinya mungkin tidak akan ada perubahan kerana dia akan ikut gaji semasa SSM dahulu.

“Itulah sebabnya saya rasa dan saya percaya dan yakin hampir tidak ada isu. Tidak ada paksaan atas itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis menandatangani opsyen SSPA di sini, hari ini.

Ditanya kedudukan pelarasan gaji penjawat awam yang bersara selepas menandatangani opsyen SSPA, Wan Ahmad Dahlan berkata, pesara berkenaan tetap menikmati kenaikan itu, namun ia (kenaikan dan pelarasan) dimasukkan dalam manfaat pencen masing-masing.

“Fasa pertama pelarasan gaji bermula Disember 2024 dan jika mereka memilih opsyen SSPA, mereka akan dapat kenaikan lapan peratus.

“Katakanlah bulan Februari mereka (pesara) pencen, mereka akan dapat kenaikan dua bulan sahaja iaitu bulan Disember 2024 dan Januari 2025.

“Bagi kenaikan fasa kedua (Januari 2026), kita akan bawa perkara (pelarasan dan kenaikan) tersebut dalam pencen mereka nanti,” katanya.

Mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu, Wan Ahmad Dahlan berkata, belanjawan itu membuktikan kerajaan tidak pernah mengetepikan penjawat awam.

“Walaupun telah diberi pelarasan gaji, tetapi kerajaan masih lagi memberikan bantuan khas untuk persekolahan dan juga persiapan pada hari raya. 

“Jadi, di sini dapat kita lihat bahawa keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam sangat tinggi.

“Inilah saya minta supaya penjawat awam membalas dengan sesuatu yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya