Tiada lagi khemah biru di Telok Kemang mulai 18 Nov.

Tiada lagi khemah biru di Telok Kemang mulai 18 Nov.

ISU rungutan pengunjung mengenai kebanjiran khemah dan kanopi biru di Pantai Telok Kemang, Port Dickson akan berakhir apabila peniaga khemah diarah menghentikan perniagaan mereka di situ bermula 18 November ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Semua peniaga sewaan khemah dan kanopi berwarna biru yang membanjiri Pantai Telok Kemang di sini telah diarah untuk menghentikan perniagaan mereka itu bermula 18 November ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd. Hamid berkata, perkara itu turut melibatkan peniaga yang menjalankan perniagaan serupa di Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin di sini.

Jelas beliau, langkah tersebut diambil sebagai persediaan menambah baik perniagaan khemah di pantai-pantai Port Dickson.

Katanya lagi, untuk tujuan itu juga, para peniaga dikehendaki memastikan semua peralatan milik mereka seperti khemah, meja, kerusi, payung serta struktur dan binaan tempat simpanan tidak ditinggalkan di kawasan pantai.

“Pihak MPPD akan melupuskan apa-apa peralatan yang masih kekal di pantai sekiranya ada selepas pemantauan dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, isu berkaitan kawasan Pantai Telok Kemang di Port Dickson yang dibanjiri de­ngan pemasangan khemah dan kanopi berwarna biru sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung akan di­selesaikan menjelang hujung tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, proses perbincangan dijalankan bersama peniaga sewaan khemah terbabit bagi mencari kaedah penyelesaian termasuk berkemungkinan konsep baharu khemah akan digunakan.

Katanya perbincangan dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian menang-menang termasuk supaya pengusaha boleh terus mencari rezeki seperti yang dilakukan sejak sekian lama di samping memastikan pemandangan indah persekitaran lebih selesa di pantai terbabit.

“Insya-Allah diselesaikan hujung tahun ini. Konsepnya lain, 1 Januari akan berubah, rundingan sedang berjalan,” kata Aminuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya