Tiada had masa daftar Program Khas Lesen B

Tiada had masa daftar Program Khas Lesen B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada had masa ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas B2 dan B1 mendaftar bagi Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B penuh.

JPJ dalam kenyataan berkata, sejak program itu dilancarkan, institut memandu yang disenaraikan menerima pendaftaran yang tinggi daripada orang ramai yang berminat.

“Oleh itu, pemegang LMM Kelas B2/B1 yang layak dinasihatkan tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran program ini kerana program itu tidak mempunyai tempoh tamat yang tertentu atau tiada had masa.

“Pihak JPJ juga memaklumkan kepada semua institut memandu terbabit untuk menerima setiap permohonan calon,” katanya.

Kata kenyataan itu, senarai institut memandu juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi menampung pendaftaran pemegang Kelas B2/B1 yang layak untuk program peralihan itu.

Dalam pada itu, JPJ turut menerima pelbagai aduan berkaitan pendaftaran dan status kelayakan untuk program berkenaan.

“Terdapat kegelinciran sistem bagi semakan status kelayakan, justeru JPJ sudah mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta.

“Pemegang LMM Kelas B2/B1 yang sebelum ini menerima paparan mesej ‘Bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak’ dinasihatkan untuk log keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ.

“Kemudian semak semula status kelayakan di Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B,” jelasnya

Tambah kenyataan itu, JPJ menghargai maklum balas orang ramai berkenaan pelaksanaan program terbabit.

“JPJ sentiasa komited untuk menambah baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, JPJ memaklumkan sehingga 3 Oktober lalu, seramai 3,328,603 daripada 9,319,844 pemegang LMM Kelas B2/B1 layak menyertai Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B.

Pemegang LMM Kelas B2/B1 yang layak boleh mula mendaftar untuk program itu di 139 institut memandu di seluruh negara.

Senarai IM yang menawarkan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi JPJ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya