Tiada amalan ketepikan kontraktor sokong pembangkang - Utusan Malaysia

Tiada amalan ketepikan kontraktor sokong pembangkang

SAARANI Mohamad (kiri) melawat pameran pada majlis perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak menafikan berlaku amalan pilih kasih dalam pemberian sebarang projek kerja dengan mengetepikan kontraktor Kelas F di negeri itu yang berlatar belakangkan parti pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada dalam mana-mana syarat dan dokumen untuk menyertai sebarang tender kerja menyatakan seseorang kontraktor itu daripada parti kerajaan atau pembangkang.

“Tiada dalam mana-mana sijil itu dicop parti kerajaan atau parti pembangkang. Kita pun tidak kenal. Sebagai Menteri Besar, saya tidak tahu mana pembangkang, mana kerajaan.

“Kepada kita, setahu saya di peringkat daerah dia undi, projek-projek ini diundi. Siapa juga yang masuk tender diundi. Itu nasib masing-masinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penganjuran Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang membangkitkan rungutan supaya latar belakang politik seseorang usahawan atau kontraktor tidak harus menjadi alasan untuk mereka diberikan peluang.

Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Bersatu Perak dilaporkan berkata, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak diterajui Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tindakan sedemikian tidak berlaku dan semua usahawan berkelayakan layak serta berkemampuan diberikan peluang.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, tidak wajar untuk menyatakan seseorang mendapat tender itu datang daripada parti kerajaan manakala yang tidak dianugerahkan projek merupakan pembangkang.

“Tak berlaku sebab dia menerusi proses undi. Dan kalau (proses) sebut harga pun, Lembaga Tender ini mereka tidak kenal pun (kontraktor) daripada parti mana,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya