Terima kasih Mommy bagi Daddy ‘dating’ dengan Fatima - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Terima kasih Mommy bagi Daddy ‘dating’ dengan Fatima – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin mengucapkan terima kasih kepada aktres, Nur Fazura kerana mengizinkan dia meluangkan masa bersama puteri kesayangan, Nur Fatima Aisya, pada Rabu.

Fattah turut berkongsi momen tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahiran anaknya itu di sebuah taman permainan tertutup.

“Selamat hari jadi, baby! Kesian sampai tertidur balik itu. Terima kasih Mommy bagi peluang Daddy dating dengan Fatima,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Fatima turut kelihatan sangat gembira dapat meluangkan masa bersama bapanya sekaligus meraih pelbagai respons di ruangan komen.

“Cinta pertama Fatima adalah daddy dia,” komen seorang peminatnya.

“Seronoknya ‘birthday girl’ keluar dengan daddy,” komen seorang lagi peminatnya.

“Nampak Fatima gembira sangat bila dengan daddy,” kata seorang pengikutnya.

Pada Isnin depan, Fattah dan Fazura bakal melalui sekali lagi proses perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Pada 25 September lalu, Fattah dilaporkan tidak bersetuju untuk menceraikan Fazura ketika melalui proses tersebut di Mahkamah yang sama kerana masih sayangkan aktres itu.

Fazura menerusi sebuah hantaran di Instagram bagaimanapun nekad mahu meletakkan titik noktah terhadap perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak tahun 2017 itu.

Malah, Fazura menegaskan dia mahu bercerai kerana ingin mempertahankan maruahnya sebagai wanita dan menjaga kesejahteraan anak mereka, Fatima.

Terdahulu, Fazura dikhabarkan telah menfailkan perceraian terhadap Fattah di mahkamah tersebut pada 13 September lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya